Itinerari

Hari pertama

Tiba di Lapangan Terbang Tullamarine Airport. Kemudian menuju ke rumah penginapan di Coburg. Kami keluar semula jam tiga petang ke bandar Melbourne.

Hari kedua

Singgah sebentar di Queen Victoria Market yang terkenal dengan pelbagai jenis barang dan hasil tempatan. Kemudian menaiki tren ke Belgrave. Menaiki keretapi wap Puffing Billy yang beroperasi sepanjang tahun kecuali pada Hari Krismas.

Tiket telah dibeli secara online melalui www.puffingbilly.com.au. Pulang dari Belgrave lewat petang dan kembali ke Coburg. Selepas makan malam di rumah, kami ke bandar Melbourne untuk melihat suasana malam di kota.

Hari ketiga

Bertolak ke Phillip Island dengan pakej sehari yang telah ditempah lebih awal melalui www.phillipislandtour.com.au. Pakej termasuk lawatan ke Maru Animal Farm, Pantai Woolamai, Nobbies Centre, Panny's Chocolate Factory dan Little Penguin Parade.

Hari keempat dan kelima

Bertolak ke Great Ocean Road dengan pakej dua hari satu malam. Kami menginap di Port Campbell Hostel. Kami singgah di banyak tempat menarik sepanjang dua hari yang meliputi perjalanan beratus-ratus kilometer pergi dan balik dari Melbourne.

Hari keenam

Hari terakhir di Melbourne dan kami membeli belah cenderahati sebagai kenangan. Kami bertolak ke Sydney malam itu dengan penerbangan tempatan Jetstar yang mengambil masa selama satu jam 30 minit.

Hari ketujuh

Menginap di YHA Railway Square, Sydney. Hari ini kami melawat banyak lokasi menarik di kota Sydney bermula dari Circular Quay. Antaranya ialah Queen Victoria Building, Royal Botanic Gardens, Government House, State Library of New South Wales, Hyde Park dan The Rocks.

Fizah yang masih berada di Melbourne sempat mengunjungi Brighton Beach yang terkenal dengan Beach Boxes.

Hari kelapan

Kami menuju ke Blue Mountains National Park dan mengambil pakej Hop On Hop Off di sana. Kami dapat menaiki Skyway, Railway, Cableway dan melalui Walkway di Scenic World Blue Mountain. Antara tarikan utama ialah The Three Sisters dan puncak tinjau Blue Mountains.

Hari kesembilan

Destinasi hari ini ialah Bondi Beach yang popular dengan aktiviti luncur air. Seterusnya, kami menuju ke Sydney Fish Market yang terkenal dengan makanan laut segar seperti tiram, ikan salmon, lobster, udang, sotong kurita dan pelbagai lagi hasil laut.

Selepas makan tengahari di sini, kami menaiki tram ke Paddy's Market di Hay Street untuk sesi membeli-belah. Pada sebelah malam, kami pergi ke Harbourside untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.

Hari kesepuluh

Sekali lagi singgah di Paddy's Market untuk acara membeli-belah yang terakhir. Kemudian, kami melihat barangan yang dijual di The Rocks pada sebelah petang. Malam terakhir kami bersiar-siar di Circular Quay, menikmati pemandangan malam di Sydney Opera House dan Sydney Harbourbridge yang dilimpahi cahaya lampu.

Hari kesebelas

Pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan dari Sydney, NSW.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan